PROGRAM KHAS KO-KURIKULUM

PERMAINAN PING PONG

 

TAHUN 6

 

 JURULATIH:

EN. SOO YUAN HUN

SJK(C ) CHI MANG,

AIR MASIN, KUKUP, PONTIAN, JOHOR.

sooyuanhun@yahoo.com

 ***********************************************************

กก

LESSON PLAN FOR TABLE TENNIS
1 TO 20
LESSON PLAN FOR TABLE TENNIS
21 TO 30

BIODATA PLAYERS

SERVICE SKILLS TEST

******************************************************

กก

PENCAPAIAN

 

Secara keseluruhannya, pencapaian pelajar yang mengambil bahagian dalam program latihan ini telah menunjukkan prestasi yang baik dan amat memuaskan.

 

Lim Young Fu telah muncul sebagai pemain yang terbaik sekolah rendah daerah Pontian pada tahun ini. Dia telah menjadi juara dalam acara perseorangan dan bergu.

 

Selain itu, Seck Wei Jiang dan Tan Yong Sing juga telah mendapat  keputusan yang baik dalam pertandingan-pertandingan yang telah disertai.

 

Yeo Sze Hui juga menunjukkan prestasi yang baik dalam pertandingan.

 

Keputusan telah dilampirkan dalam biodata pemain-pemain tersebut.

 

 

 

 

CADANGAN / SYOR

 

Latihan ini haruslah dijalankan sepanjang masa. Ini adalah permainan ping pong bukan satu permainan yang mudah mahir. Untuk menjadi seorang pemain yang pakar dan mahir perlulah masa yang panjang dan mempunyai latihan tubi yang mencukupi. Jadi latihan banyak bola amatlah penting untuk meningkatkan kemahiran pemain secara menyeluruh.

 

Pemain yang masih kecil sukar untuk melakukan kemahiran yang mempunyai gabungan 3 kemahiran. Salah satu sebab adalah ketinggian mereka. Jadi pemain yang baik akan ditugaskan sebagai sparring partner untuk melatih mereka secara perlahan-lahan dan latihan tubi diberikan. Satu kemahiran akan mengambil masa yang panjang untuk mengajar mereka supaya mereka menjadi mahir. Permainan kecil akan diterapkan di dalam permainan ping pong supaya ia menjadi lebih menyenorokkan.

 

 

KESIMPULAN

 

Saya amat berterima kasih kepada Persatuan Ping Pong Malaysia, Johor dan Pontian kerana telah telah memberi peluang kepada saya mengikuti kursus ini. Ini telah meningkatkan lagi kemahiran, pengetahuan dan pengalaman saya dalam bidang jurulatih ping pong.

 

Dengan adanya amali yang telah saya jalankan, saya berasa pengajaran permainan ping pong saya telah menjadi lebih berkesan dan sistematik. Diharapkan pada masa akan datang, daerah Pontian akan melahirkan pemain yang baik dan berkualiti.