PERSATUAN PING PONG JOHOR CAWANGAN PONTIAN

MINIT MESYUARAT AGONG TAHUNAN 2002

 

Tarikh : 28-2-2002

Masa : 7.30pm

Tempat : 724-1, Jalan Taib, 82000 Pontian.

Yang Hadir : Ahli-Ahli Persatuan

Pengerusi : En. Tay Chong Boon

Pencatat : En. Soo Yuan Hun

Agenda-agenda yang diluluskan adalah seperti berikut:-

Agenda 1: Ucapan Tuan Pengerusi

En. Tay Chong Boon, Pengerusi Persatuan Ping Pong mempengerusikan Majlis MAT. En. Tay mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahili-ahli yang sudi melapangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat MAT ini. Beliau juga berharap agar ahli-ahli dapat memberikan cadangan yang membangun, AJK akan terus memberi sumbangan mereka untuk kebaikan persatuan ini.

Agenda 2: Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu

Minit mesyuarat yang lalu telah dibaca oleh Setiausaha persatuan iaitu En. Soo Yuan Hun. Oleh kerana tiada sebarang pindaan, Minit Mesyuarat tersebut telah diterima dengan cadangan En. Tan Heng Su dan sokongan daripada En. Tan Jit Sin.

Agenda 3: Laporan Tuan Setiausaha.

  1. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan ini seperti:

a.

Menganjurkan Kejohanan Ping Pong Tunas Daerah Pontian.

b.

Menganjurkan Kejohanan Ping Pong Terbuka Daerah Pontian.

c.

MenganjurkanKejohanan Ping Pong Remaja Daerah Pontian.

d.

Menyertai Kejohanan Ping Pong Tunas Negeri Johor di Johor Bahru.

e.

Menyertai Kejohanan Ping Pong Terbuka Negeri Johor di Batu Pahat.

f.

Menyertai Kejohanan Ping Pong Remaja Negeri Johor di Segamat.

Agenda 4: Laporan Tuan Bendahari ( Sila Rujuk Lampiran )

Bendahari En. Tee Heng Sing telah membentangkan Penyata Kewangan Tahunan 2001 seperti berikut:-

Baki pada 1-1-2001 RM134642.67

Terimaan Tahun 2001 RM17037.82

______________

RM151680.49

Perbelanjaan Tahun 2001 RM16212.90

______________

Baki pada 31-12-2001 RM135467.59

=============

Agenda 5: Perbincangan

  1. Pemindahan Bangunan Persatuan ke Projek WFC Tingkat ke-3

Ahli-ahli telah bersetuju untuk memindahkan pejabat persatuan ke tempat yang telah dibeli oleh persatuan.

 

Mesuarat ditangguh pada pukul 10.00malam.

Disediakan Oleh:

 

 

 

( SOO YAUN HUN )

Setiausaha

Cop Persatuan:

 

 

 

 

Disahkan Oleh:

 

 

 

( TAY CHONG BOON )

Pengerusi